loading...

Suraya Yaacob Antara Exco Yang Sokong Tukar MB Kedah

KUALA LUMPUR – Kedah dijangka bakal mendapat Menteri Besar baharu tidak lama lagi, sekiranya tindakan menggulingkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjalan seperti yang dirancang.

 

Menurut sumber, desakan yang diketuai Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya mendapat sokongan daripada majoriti wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu.

 

“Sehingga lewat petang ini, 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyatakan sokongan mereka terhadap penyingkiran menteri besar.

 

“Kesemua mereka telah mengesahkan SD mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Mukhriz,” kata sumber itu.

 

Sumber itu berkata, sokongan itu datangnya daripada 19, 17 adalah dari Umno manakala dua lagi adalah dari MCA.

 

Difahamkan juga antara inidvidu yang terakhir menandatangani SD berkenaan ialah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datin Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Adun Kota Siputeh,Datuk Hasan Sarif.

 

Turut dijangka,beberapa wakil rakyat Kedah telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi pada Ahad lalu.

 

Sumber lain juga menyatakan halangan akhir bagi kumpulan itu adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada istana Kedah.

 

Majlis angkat sumpah akan diadakan setelah pihak istana memberikan persetujuan berkenaannya.

 

Terdahulu, Ahmad Bashah merupakan calon utama untuk menggantikan Mukhriz namun istana telah meminta agar lebih banyak senarai cadangan nama diberikan seperti Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar.

Previous
Next Post »
loading...