loading...

Istana Kedah Bersiap Anjur Majlis Angkat Sumpah

Alor Setar – Istana Anak Bukit dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk majlis angkat sumpah bagi melantik Menteri Besar Kedah yang baharu.

 

Tinjauan SuaraTV melalui sebuah laman Facebook KekalNajib, majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini.

 

“Persiapan majlis angkat sumpah” ujar laman Facebook tersebut yang turut memuatnaik gambar susunan kerusi di dalam sebuah istana.

 

SuaraTV bagaimana pun gagal untuk mendapatkan sebarang pengesahan dari Istana Anak Bukit berhubung laporan tersebut.

 

Portal proUmno myKMu sebelum ini melaporkan negeri Jelapang padi itu bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun), Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menggantikan Mukhriz.

 

Menurut sumber portal tersebut, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO.

 

Mereka juga dikatakan bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan tersebut. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...