loading...

Mukhriz Dijangka Keluar Kenyataan Malam Ini

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan beliau, malam ini.

 

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, berkata buat masa ini, Mukhriz belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan kerana masih bermesyuarat dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

 

“Kenyataan tetap akan dikeluarkan malam ni, pada bila bila masa selepas Menteri Besar mendapat segala input mengenai kenyataan akhbar yang dikeluarkan.

 

“Buat masa ini mereka masih berbincang dan mengumpul segala maklumat,” katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

 

Antara yang dilihat hadir di Wisma Negeri petang ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Bekalan Air, Datuk Badrol Hisham Hashim dan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Shariff.

 

Dalam sidang media petang tadi, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri. – BHarian

Previous
Next Post »
loading...