loading...

Video: Perkasa Gesa Kerajaan Mansuh Jawatan Duta Khas, Penasihat Bertaraf Menteri

KUALA LUMPUR – Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memansuhkan semua jawatan penasihat, bekas menteri dan duta khas yang bertaraf menteri dalam penilaian semula Bajet 2016 pada akhir Januari ini.

 

Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata, disebabkan negara mengalami penyusutan nilai mata wang, banyak perlu diberikan perhatian melalui pengaliran wang yang dikeluarkan terutamanya melibatkan kos pembayaran gaji kepada lantikan khas tersebut.

 

“Sebagai contohnya seperti Datuk Seri Samy Vellu, Tan Sri Datuk Rais Yatim dan ramai lagi apa perlunya mereka dilantik bertaraf menteri? untuk tujuan tertentu kononnya untuk tarik pelabur. Ia tidak perlu kerana sekarang kita dah ada MITI.

 

“MITI pun dah ada dua timbalan menteri. Sudah ada 36 menteri. Ada MITI di luar negara, Matrade, dan kedutaan ada pegawai urusan perniagaan. Mereka menerima gaji bertaraf menteri. Saya kira ia hanya membazir wang rakyat,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabat Perkasa hari ini.

 

Kata Ibrahim, pemasuhan itu penting sebagai langkah penjimatan ketika kejatuhan harga pasaran minyak mentah dunia.

 

Kata Ibrahim, tindakan itu penting sebagai langkah penjimatan ketika kejatuhan harga minyak mentah dunia.

 

Beliau mendakwa, perbelanjaan bagi pembiayaan gaji penasihat dan duta khas bertaraf menteri itu bukannya sedikit dan ia memerlukan jumlah yang besar.

 

Malah menurutnya, sekiranya jawatan-jawatan tersebut dimansuhkan, kerajaan dilihat prihatin kerana pemimpin negara menunjukkan contoh yang baik.

 

“Saya cabar kalau kerajaan prihatin, tunjuk contoh dan teladan,” katanya.

 

Menurutnya lagi, sekiranya kerajaan memerlukan perkhidmatan penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ia boleh dibuat secara satu persatu tanpa perlu ditawarkan jawatan.

 

Previous
Next Post »
loading...