PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan kajian untuk mendaftarkan kesemua lori hantu bagi mengatasi kemalangan jalan raya yang membabitkan kenderaan tersebut.
Katanya, kajian itu dilakukan dengan mengambil kira faktor mewajibkan semua lori hantu melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
“Kita tidak mahu tragedi dua pelajar yang maut dilanggar lori hantu di hadapan sebuah sekolah dan kaki pelajar sekolah hancur digilis itu berulang lagi.
“Kita akan lakukan penguatkuasaan untuk mendaftarkan semua lori hantu tersebut bagi memastikan kesemua mereka mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan pejabat JPJ cawangan Putrajaya di sini hari ini.
Terdahulu, menurutnya pembukaan JPJ cawangan Putrajaya merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui penyediaan infrastruktur yang kondusif kepada pelanggan untuk berurusan dengan agensi kerajaan.
Malah, perhidmatan JPJ kini boleh diakses dimana sahaja pada bila-bila masa.-SuaraTV