DESAS-DESUS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan UMNO dan wakil rakyat Kedah petang ini, kuat mengatakan akan berlaku pertukaran jawatan antara Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan Mukhriz Mahathir.
Mengikut perkiraannya, Ahmad Bashah akan dilantik sebagai Menteri Besar sementara Mukhriz akan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di MITI – jawatan yang pernah disandangnya sebelum dilantik Menteri Besar Kedah selepas PRU13 yang lepas.
Ramai dikalangan ketua-ketua bahagian UMNO Kedah yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.
Penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda UMNO Kedah sekarang, apatah lagi jawatan Menteri Besar memang dikirakan setaraf dengan Timbalan Menteri.
Mengulas tentang itu, secara jelas menunjukkan bahawa Najib tidak ada masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang hebat dikatakan. Kemelut ini sememangnya berlaku antara kepimpinan di Kedah dan Najib tidak terlibat sama sekali.
Tapi sebagai Presiden, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Apa pun keputusan sebenarnya petang ini. – Mykmu