loading...

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE’S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR

Bukan senang nak dapatkan chicken chop murah di tengah bandaraya Kuala Lumpur! Memang agak susah untuk percaya bila ada yang kata boleh dapatkan hidangan lengkap Chicken Chop dengan harga serendah RM4.90 di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Apapun, itulah hakikatnya apabila anda boleh nikmati hidangan berkenaan di Eye’s Steak apabila restoran tersebut menawarkan menu makanan berkenaan pada harga paling rendah (promosi) setakat ini.

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 6

Ia bersesuaian dengan tagline ‘Rasa Restoran Harga Kedai’, Eye’s Steak yang terletak di Bazaria Pantai, Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata-mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 7

Mula dibuka Mac tahun lalu, pemilik kedai makan itu Noor Anisah Tajudin berkata menerusi laporan Portal Murai, harga rendah yang ditawarkan bertujuan untuk memberi tarikan kepada orang ramai ke tempatnya.

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 5

“Tak dinafikan pada mulanya harga yang kami tawarkan tidak serendah ini. Tapi untuk mahu menjadi tarikan orang ramai serta mahu mengambil kira orang yang kurang kemampuan untuk makan makanan ala barat ini, kami pun turunkan harga Chicken Chop ini kepada RM4.90. Alhamdulilah selepas kami turunkan harga tersebut kira-kira Oktober tahun lalu, sambutan sangat menggalakkan. Dalam sehari kami menerima lebih 300 pengunjung ke kedai kami sejak harga baru ditawarkan. Kami akui memang keuntungan untuk 1 hidangan itu tidak banyak tetapi kami mengambil kira volume pelanggan. Lebih ramai pengunjung lebih banyak la keuntungan kami,” katanya.

745px) 100vw, 745px" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_t4vAeLG1S-BybphlH5jNTfIDIRcsvKwtJynoF2PyiPWEHOWxQYdYkbgcdgEtxljGe7xRrsMq6lSw=s0-d" srcset="http://ift.tt/1J6sT7D 300w, http://ift.tt/1J6sRwH 745w" width="745">

Meskipun menawarkan harga yang rendah pada setiap menu termasuk ‘steak’, namun sebagai pengusaha kedai makan itu dia tetap menjaga kualiti setiap hidangan.

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 3

“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, apa yang kami akan pastikan, daging atau steak kami tidak direbus semata-mata untuk menjimatkan masa. Sebaliknya, daging kami di grill supaya ia tidak kehilangan jusnya dan itulah yang terbaik sebenarnya. Pada kami, rasa itu bukan terletak pada kuah semata-mata, tetapi juga pada daging itu sendiri. Besar harapan kami agar anda dapat menghargai rasa steak sebenar selepas ini,” jelasnya lagi dipetik portal berkenaan.

Berikut menu beserta harga yang ditawarkan:

CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 1CHICKEN CHOP MURAH RM4.90 DI EYE'S STEAKS PANTAI DALAM KUALA LUMPUR 4

Untuk makluman anda, Eye’s Steak dibuka setiap hari kecuali Isnin dan mula beroperasi pada jam 6 petang sehingga 12 malam. Ammboi pun belum cuba lagi. Insya Allah, jika ada kelapangan sampailah tu ke sana.

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA


Previous
Next Post »
loading...