PENGARAH Urusan Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari tidak menafikan beliau kini sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Namun ujarnya, beliau mahu mengetahui terlebih dahulu siapa yang menyebarkan berita mengenai perkara itu.
“Tunggu dulu,… saya tengah mencari siapa yang sebarkan cerita itu, kena pastikan berita ini dahulu, siapa yang buka mulut dahulu, sebelum saya cakap apa-apa biar saya semak dahulu siapa cakap.
“Memang saya sudah sampaikan hasrat itu, cuma kita bercakap dengan kawan-kawan sahaja, sembang-sembang, jadi saya harap semua pihak bersabar dahulu, kerana kalau ‘benda’ ini jadi, saya akan keluarkan kenyataan rasmi.
“Saya akan call you nanti, buat masa ini saya tak hendak beri sebarang kepastian,” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Rita kini sedang
“Ketika kami bersembang beberapa hari lalu, Rita ada memberitahu untuk menaja pasukan daripada Liga Super. Dia sedang memilih satu daripada dua pasukan yang diminati. Urusan tajaan ini bukan perkara baru kerana ia merupakan permintaan suaminya sejak tahun lalu bagi mengembangkan perniagaan.
“Tetapi dia masih tidak mendedahkan pasukan yang akan ditaja, sama ada dari utara atau selatan, kami cuba bertanya tapi dia minta kami menunggu dahulu.
“Setakat yang saya dan rakan-rakan lain tahu, Rita memang minat menonton bola sepak tetapi sukar untuk tahu pasukan manakah yang diminatinya,” kata kenalannya itu.
Jika perkara ini menjadi realiti, Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd yang menaja pasukan Kelantan.-sinar

Jpj Tak Sita Lamborghini Aventador, Hanya Saman Pe ...

Telefilem Alibi (unifi Tv) ...

Demi Jayakan Watak, Riena Diana Ludah Muka Faizal ...

Askar Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Wanita Dalam Ker ...