loading...

Lawatan Bersejarah Raja Salman Tingkatkan Hubungan Malaysia, Arab Saudi

Lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Arab Saudi.

 

Kunjungan Raja Salman ini merupakan yang kedua selepas lawatan King Faisal di negara ini pada tahun 1970.

 

Menurut sumber yang diterima, lawatan rasmi Raja Saudi keluar negara ini adalah perkara yang jarang berlaku dan ia disifatkan sebagai ‘Prestige’ Raja Saudi.

 

Terdahulu, Saudia Arabia merupakan salah satu Kuasa Besar Dunia, kuasa dan pengaruh global saudi dalam ekonomi dan politik dunia.

 

Malah, merupakan kuasa utama di rantau Timur tengah dan bukan perkara biasa apabila sesebuah negara menjadi pilihan ‘King of All Kings’ untuk lawatan rasminya.

 

Kali terakhir lawatan rasmi Raja Saudi ke Malaysia ialah pada 1970 iaitu 47 tahun yang lalu dan lawatan tersebut sangat berjaya sekali gus telah meletakkan hubungan diplomatik Malaysia-Saudia Arabia ke peringkat tertinggi.

 

Penglibatan ekonomi Malaysia di Tanah Suci Mekah dan kejayaan itu menyumbang kepada beberapa pembangunan di kota suci mekah sekali gus membuktikan komitmen perhubungan diplomatik dua negara ini.

 

Ia merupakan satu pencapaian tertinggi buat Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pencapaian yang wajar diiktiraf.

 

Sebelum ini, Malaysia berpengalaman menjadi hos kepada presiden USA, Rusia, China, Jepun, Perancis dan lain-lain kuasa besar dunia.

 

Kepentingan Strategik Malaysia dan pelbagai kelebihan menjadikan Malaysia sebagai antara pemain utama taraf global dikalangan kuasa besar dunia.

 

Pelbagai tekanan politik domestik ke atas PM Najib Razak yang tidak mengugat reputasi negara dalam pertimbangan penglibatan Perhubungan Diplomatik Taraf  satu dengan negara negara kuasa besar ini.

 

Ia merupakan 1 manifestasi komitmen negara kepada pembangunan ekonomi dan politik global.

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...