loading...

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Nazim Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR – Hubungan di antara pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally didakwa bergolak selepas kesemua gambar Nazim di dalam laman Instagram Bella telah dipadam.

 

Nazim bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan hubungan antara kedua mereka berada dalam keadaan baik.

 

“Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja,”katanya, petik Metro.

 

Dalam pada itu, Nazim dia berterima kasih peminat kerana masih ada lagi yang mengambil berat tentang mereka.

 

Tambah Nazim, dia menerima segalanya dengan positif dan dia menafikan bahawa rumah tangganya sedang bergolak seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

 

Menurut Nazim, sejak dari dulu lagi dia memang tidak suka untuk berkongsi hal peribadinya dan selepas kahwin juga prinsip itu masih lagi dipegang olehnya.

 

Sehubungan dengan gosip rumah tangganya yang sedang bergolak ini dia mengatakan tidak ada apa yang perlu untuk diceritakannya dengan lebih lanjut.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...