loading...

Suspek Bunuh Kim Jong-Nam Pernah Sertai Program Vietnam Idol

KUALA LUMPUR – Suspek pertama dalam kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam iaitu wanita warga Vietnam merupakan peserta program realiti Vietnam Idol.

 

Agensi berita online, AsiaOne berkata wanita itu pernah menyertai program realiti televisyen ‘Vietnam Idol’ pada Jun 2016.

 

Namun wanita itu dikatakan tidak menggunakan nama sebenarnya Doan Thi Huong, sebaliknya menyamar sebagai Dinh Thi Khuyen dalam program itu.

 

Suspek ditahan polis di klia2 semasa berseorangan selepas imejnya dikesan dalam Kamera Litar Tertutup (CCTV).

 

Rakaman video dari laman Youtube menunjukkan penyertaan suspek dalam Vietnam Idol dengan nama samaranya terpapar di skrin.

 

Video itu juga menunjukkan wanita tersebut hanya sempat menunjukkan bakat nyanyinya selama 10 saat sebelum diarah berhenti oleh juri.

 

Kini suspek sedang disiasat polis selepas Jong-nam disyaki diracun di klia2 pada 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...