loading...

Ibu Berpantang Jangan Takut Makan Ayam! Resepi Bonda Rozita Buat Shahida Bertenaga

Biasanya ibu berpantang takut makan ayam selepas bersalin. Pemakanan yang  berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam tempoh berpantang bagi ibu. Bagi ibu yang menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam tempoh berpantang pasti sekali akan berhati-hati dalam memilih makanan.  Namun begitu, para ibu tidak boleh mengabaikan sumber protein kerana ia merupakan sumber yang baik dalam proses berpantang.

Fakta
Ayam dan ikan merupakan sumber yang baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu yang sedang berpantang memerlukan banyak protein. Sumber protien seperti ayam, ikan, telur dan kekacang amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Protien berfungsi untuk pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Ibu-ibu juga boleh mempelbagaikan menu semasa berpantang. Menu yang sama boleh membuatkan ibu berpantang cepat jemu dan tidak berselera.

Tiga resepi  yang menarik serta berkhasiat yang dikongsi oleh Bonda Rozita amat menyelerakan serta mudah disediakan khas untuk wanita selepas bersalin. Resepi yang mudah ini juga boleh dipraktikkan oleh golongan bapa untuk isteri mereka.

Resepi Ikan Gelama 

Resepi Sambal

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Sambil melihat Bonda Rozita berceloteh berkongsi resepi-resepi berpantang yang menarik dan menyelerakan, ibu-ibu juga boleh mendengar tip daripada beliau tentang khasiat-khasiat yang terdapat dalam setiap masakanya. Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...