loading...

Video : Kes Anwar Saman KJ Sambung Esok

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan di sambung esok.

 

 

Terdahulu, peguam J Leela yang mewakili Anwar memberitahu media bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan Anwar supaya Khairy yang merupakan defendan memulakan keterangannya terlebih dahulu dalam perbicaraan kes saman itu.

Anwar yang merupakan plaintif memohon supaya Khairy memberi keterangannya dan mengemukakan bukti terlebih dahulu berhubung dakwaannya terhadap Anwar bagi tujuan justifikasi atau perlindungan bersyarat sebelum plaintif dipanggil atau menyangkal dakwaan itu.

 

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

 

Katanya perkataan fitnah dan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com.

 

Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Oktober 2010 berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...