loading...

Video : Biarlah DAP Buat Laporan Polis Kata Ku Nan

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan beliau tidak kisah sekiranya DAP mahu membuat laporan polis berhubung isu dakwaan Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan kerajaan negeri itu.

 

Beliau berkata, DAP seharusnya membaca kenyataan yang dilaporkan dengan teliti sebelum membuat sebarang kesimpulan.

 

“Tak apalah, dia dah buat laporan polis dan saya pun dah di panggil oleh pihak polis. Polis akan jumpa saya, atau saya datang untuk memberi keterangan kepada mereka. Tiada masalah,”katanya yang ditemui di sidang media di sini, hari ini.

 

Ditanya mengenai penarikan balik dakwaan itu dalam masa 24 jam, Tengku Adnan berkata perkara itu terpulang kepada DAP.

 

“Itu dia punya pasal lah. Dia cakap dia punya sukalah,”katanya tidak mahu mengambil pusing selepas mengakui bakal memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk memberikan keterangan di balai polis.

 

 

Sebelum ini, beliau mendakwa bahawa bukan sahaja orang Melayu yang dipinggirkan di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

 

Sebaliknya, kata beliau, di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semua kaum diketepikan.

 

Terdahulu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berhubung kenyataannya bahawa ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’.

 

Lim membuat laporan itu berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang dipetik agensi berita nasional Bernama pada Sabtu lalu sebagai berkata “Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu.”-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...