Enggan mendedahkan status sebenar hubungan yang terjalin bersama Uqasha Senrose, Hefny Sahad hanya memberi bayangan bahawa Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya sekarang. Malah Hefny melihat personaliti Uqasha mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri.
BACA: Uqasha Senrose Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad
“Saya melihat dirinya sebagai seorang pelindung dan perbuatannya nampak ikhlas, seperti seorang ibu menjaga anak-anaknya. Saya juga ada ‘deria keenam’ yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri”
“Kami dalam fasa saling mengenali. Sekarang ini, Uqasha ialah wanita yang paling rapat dengan saya. Bagaimanapun, saya tak nak cakap lebih kerana menghormati beliau. Saya juga tidak mahu masyarakat menganggap kami cuma mencari publisiti,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sebelum ini, Uqasha juga pernah menyatakan kenyataan yang sama mengenai sikap Hefny. Mungkin masih terlalu awal buat mereka untuk mendedahkan terlalu banyak mengenai hubungan itu. Apapun kata Hefny lagi, jika ada berita baik diantara mereka, beliau akan kongsikan. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW