loading...

Siti Selamat Tiba Di Palestin

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, selamat tiba di bumi Palestin bersama rombongannya pada jam 12 tengah hari tadi (waktu tempatan).

 

Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan keluarga mentua memberitahu, walaupun terpaksa melalui pemeriksaan ketat, perjalanan mereka ke Bumi Anbia itu lancar tanpa halangan.

 

“Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai. “Insya-Allah, malam ini kami akan sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqsa dan solat Jumaat di sana,” katanya kepada BH Online.

 

Kunjungan penyanyi Biarlah Rahsia itu ke bumi Palestin adalah bagi memenuhi keinginannya menziarahi lokasi bersejarah, Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...