loading...

Pemuda UMNO Tiada Halangan Ahli Sertai Himpunan RUU 355

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO tidak menghalang ahlinya daripada menyertai Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini kata Naib Ketua Pemudanya, Senator Khairul Azwan Harun.

 

Beliau berkata, keputusan untuk menghadiri himpunan berkenaan adalah terpulang kepada kehendak dan kebijaksanaan ahli sendiri, petik Kosmo.

 

“Berhubung dengan Himpunan RUU 355 kita tiada halangan sekiranya ahli pemuda ingin turut serta, terserah kepada mereka sendiri.

 

“Pada hujung minggu ini bermula Jumaat sehingga Ahad sebenarnya kita ada perjumpaan melibatkan kepimpinan Pemuda UMNO, Exco dan Ketua Pemuda UMNO Negeri bersama kepimpinan UMNO Pusat untuk berbincang ke arah persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14.

 

“Tapi secara peribadi saya akan lihat, kalau ada ruang untuk saya hadir (Himpunan RUU 355) saya akan hadir,” katanya.

 

 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman sebelum ini memaklumkan pihaknya telah memberi kelulusan terhadap himpunan berkenaan bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam.

 

Menurutnya, Dataran Merdeka dan sebahagian dari Jalan Parlimen akan ditutup pada hari tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Kerajaan Pas Kelantan pula mengisytiharkan Ahad ini (19 Februari) sebagai cuti peristiwa sempena himpunan tersebut.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...