loading...

PAS Jangan Jadi Penghalang Pembangkang, Kata Suhaizan

SHAH ALAM – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kayat meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menghalang pembangkang membawa perubahan dalam negara.

 

Kata Suhaizan, tidak mengapa sekiranya Pas tidak mahu bersatu dengan pembangkang, bagaimanapun Pas jangan jadi penghalang dan membiarkan BN menang sekali lagi dalam PRU akan datang.

 

“Tok Guru, kalau tidak mahu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah, DAP, dan PKR, tidak mengapa.

 

“Kami hormat pandangan Tok Guru. Tapi mohon janganlah halang kami barisan pembangkang nak buat perubahan dalam negara,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

 

Menurutnya lagi, sekiranya kemenangan bagi PRU akan datang menjadi milik pembangkang, rakyat juga akan mendapat manfaat kemenangan tersebut.

 

“Jika BN menang, rakyat juga yang akan merana. Saya yakin tentu Pas tidak mahu rakyat menderita,” katanya lagi.

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam memberi tempoh sebulan lagi kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengannya serta blok pembangkang lain atau sebaliknya.

 

Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih memberi masa kepada parti tersebut demi memberikan peluang cerah kepada blok berkenaan untuk memenangi PRU14 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja. – Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...