loading...

“Beritahu Peminat Awak Jangan Celupar Sangat”

Setelah kecoh di laman sosial Twitter mengenai Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan kerana tidak puas hati dengan sesetengah pihak, pelakon itu menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan ditujukan kepada Fattah Amin.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sindir Fattah Amin Di Twitter?

“Saya tak ada nak komen sangat tentang luahan yang saya buat di Twitter itu. Cuma saya naik rimas apabila nama saya dipetik dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri saya”

“Sejujurnya saya tak kisah kalau siapa-siapa nak petik nama saya tapi bila membabitkan dan menghina bakal isteri dan keluarga saya, itu yang buat saya rimas. Saya memang tak ada masalah dengan sesiapa dalam bidang ini tapi tak sangka begini pula jadinya,” katanya.

Sementara itu dalam masa yang sama, Sharnaaz menasihatkan individu berkenaan agar menasihati peminat agar tidak celupar di laman sosial.

“Hanya satu saja saya nak cakap, kalau rasa diri awak tu maksum sangat, tolonglah bagi tahu peminat awak supaya jaga mulut. Dia ada mulut cakaplah pada peminat suruh diam. Entahlah mungkin dia takut populariti jatuh bila tegur peminat”

“Tunggu sajalah lima tahun lagi, jangan rasa diri tu hebat sangat. Saya juga sebenarnya tak suka kacau orang tapi kalau orang buat hal dengan saya, mestilah saya bersuara. Saya tak kisah kalau orang nak kata saya mulut apa kerana kata-kata saya itu kerana selama ini pun dah macam-macam orang kata,” katanya lagi.

Bagaimana penghujungnya perkara ini tidaklah kami ketahui. Namun tidak dinafikan perang mulut menggunakan keyboard di laman sosial di antara peminat taksub memang wujud malah kadang kala berlanjutan sedangkan masing masing guna akaun palsu. Tahniah kepada anda yang banyak masa berperang di laman sosial. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...