KUALA LUMPUR – Seramai 3.1 juta pengunjung dicatatkan mengunjungi semua muzium di bawah kendalian Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah JMM, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata, jumlah tersebut melibatkan pengunjung tempatan dan asing di 22 buah muzium di seluruh negara termasuk Muzium Negara, lapor Utusan.
“Bagi jumlah pengunjung di Muzium Negara sahaja mencatatkan jumlah pengunjung 849,093 membabitkan sebanyak 149,692 pelancong asing, manakala 207,194 pelancong tempatan tidak termasuk pelajar,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW