loading...

‘Macam Mana Timbul Gosip’

Selepas digosipkan bercinta dengan penyanyi dan komposer popular Aizat Amdan tahun lalu, nama Aisyah Aziz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi seberang, Rizky Febian.

 

Semuanya bermula apabila Aisyah ke Jakarta, Indonesia dan dilihat menghabiskan masa bersama Rizky.

 
Aisyah bagaimanapun tampil menjelaskan hubungannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Kesempurnaan Cinta itu tidak lebih daripada seorang kawan.

 

“Saya tidak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Jujur saya katakan, kami berkawan rapat sejak bertemu di majlis Anugerah Planet Muzik dua tahun lalu. Tiada istilah bercinta, hubungan istimewa atau seumpamanya kerana kami hanya kawan.

 

“Saya berkampung di Jakarta selama lima hari untuk berbincang dan merakamkan lagu duet kami yang berjudul Pada Waktunya.

 

“Mungkin ada yang salah tafsir persahabatan kami apabila melihat gambar di Instagram. Percayalah, hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja,” katanya.

 

Sambung Aisyah, dia jarang berhubung dengan Rizky dan hanya mengikuti perkembangan rakannya itu di Instagram.

 

“Memandangkan dia menetap di Jakarta dan saya pula di Malaysia, kami jarang berhubung. Kalaupun ada kami bercakap soal kerja, malah saya ada menghantar demo lagu kepadanya,” kata Aisyah.

 

Mengulas lanjut single duet yang bakal dilancarkan Mac ini, Aisyah mengakui teruja menanti reaksi pendengar di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

 

“Selama bergelar penyanyi saya tidak pernah berkerjasama dengan penyanyi, komposer atau penerbit dari Indonesia. Saya teruja kerana single ini kena dengan muzik kami.

 

“Sebenarnya Pada Waktunya sudah lama dihasilkan bapa saudara Rizky. Ketika itu Rizky berusia 13 tahun.

 

“Apabila dapat tahu saya dan Rizky akan berpadu suara, bapa saudaranya perdengarkan lagu ini dan kami menyukainya,” kata Aisyah.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...