loading...

Lim Kit Siang Nafi Berlaku ‘Kebakaran”Di Belakang Rumah DAP

MELAKA – Walaupun menerima tamparan hebat apabila empat wakil rakyat DAP mengumumkan keluar parti Ahad lalu, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang seolah-olah tidak mahu me­ngakui pergolakan dalaman yang melanda parti tersebut apabila menyatakan tiada ‘kebakaran’ yang berlaku di belakang rumah DAP ketika ini.

 

Sebaliknya, beliau berkata, semua orang mempunyai masalah mereka sendiri, malah menyatakan bahawa hal yang sama juga berlaku dalam parti-parti lain.

 

“Tiada ‘api’ di belakang rumah DAP. Semua parti ada masalah mereka dan saya tidak fikir ada mana-mana parti yang tidak mempunyai masalah.

 

“Masalah ini, jika ada, seharusnya hanya satu (isu peletakan jawatan), tetapi bukannya ‘api’ yang sedang diperkatakan oleh semua orang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini di sini semalam.

 

Kit Siang yang melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman itu menafikan alasan keluar parti diberikan empat wakil rakyat terbabit iaitu DAP telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.

 

“Kami tidak membuat pembohongan politik, bermain politik atau mewujudkan politik yang menakutkan, kita tidak mengkhianati prinsip kami dan kami tidak pernah menyimpang daripada prinsip kami.

 

“Kami tidak mahu menjadi MCA kedua, kami DAP dan akan kekal DAP, mereka yang menyatakan DAP kini sudah menyimpang adalah tidak benar,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri ADUN Banda Hilir, Tey Kok Kiew yang juga Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Ayer Ke­roh, Khoo Poay Tiong. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...