loading...

Betul Ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin?

Sebuah institut yang mana Mohamed Azmin Ali menjadi penasihatnya, telah mendedahkan bahawa 62 peratus daripada sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar dari PKR itu.

 

Malah media pro pembangkang dalam tajuk-tajuk laporannya telah membayangkan bahawa jumlah 62 peratus itu adalah benar walaupun kajian yang dijalankan oleh institut berkenaan boleh diragui.

 

Apa yang menjadi persoalannya ialah, logikkah institut yang dinasihati Azmin akan melaporkan perkara tidak elok terhadap ‘big boss’ mereka sendiri? Sudah semestinya sehingga ke 10 keturunan sekali pun, institut tersebut akan menyediakan laporan yang menguntungkan dan menaikkan nama baik Azmin.

 

Jadi, dimanakah kredibiliti kajian berkenaan? Realitinya, Azmin kini sedang berdepan dengan krisis yang amat teruk.

 

Isu caj 20 sen terhadap beg plastik yang dilaksanakan di Selangor mulai awal tahun ini bukan sahaja membuatkan penduduk terbeban, malah dua Exco Azmin sendiri mengaku bahawa tindakan kerajaan negeri itu benar-benar membebankan rakyat.

 

Ia juga menyebabkan banyak suara bantahan diterima oleh Azmin namun tidak dihiraukan, jadi mana mungkin pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat boleh dipercayai dan dikasihi? Di mana logiknya Azmin disukai rakyat?

 

Apa yang dikesalkan pembangkang telah memperkudakan method kajian sebegini untuk menaikkan imej Azmin yang pada realitinya semakin terjejas.

 

Tulisan:
Beruang Biru
BB 285, Khamis
16 Disember 2017



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...