KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini, secara rasmi mengiktiraf Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri paling bersih dalam sejarah Malaysia.
Memetik laporan portal pembangkang, gelaran itu disandang oleh bapa Najib, Tun Abdul Razak selama lebih 40 tahun.
Kesemua kontroversi yang berlaku pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak lebih dari permainan politik PAS semata-mata.
Menurut laporan itu, ISA adalah tanggungjawab Timbalan Menteri Dalam Negeri dimana Tun Mahathir sendiri tidak terlibat dengan semua dokumen berkaitan dalam simpanan kerajaan tersebut.
Menguatkan laporan itu, pembangkang turut mendakwa ia disokong oleh hakikat bahawa sepanjang kepimpinannya, Tun Mahathir tidak pernah di dakwa di Mahkamah atas apa juga salah laku yang dikaitkan dengannya, tidak seperti Datuk Seri Najib yang didakwa terlibat dengan kes saman sivil di Amerika Syarikat sebagai MO1 walaupun namanya tidak tercatat dalam dokumen saman tersebut.
Tambah sumber itu lagi, Tun Mahathir melakukan kesalahan seperti mengurangkan kuasa Yang Dipertuan Agung, namun telah memohon ampun dan maaf kepada baginda.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW