loading...

Samsung Malaysia Ganti Semula Galaxy Note 7

Samsung Malaysia Electronics akan membuat penggantian semula Galaxy Note 7 dalam beberapa minggu lalu berikutan laporan berlaku letupan ketika alat peranti itu sedang dicaj.

 

Note 7 itu masih belum berada dalam pasaran di Malaysia tetapi 4,000 unit telah dibeli melalui pra-jualan secara atas talian dan jualan terhad melalui syarikat-syarikat telekomunikasi.

 

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, siasatan yang dijalankan menunjukkan letupan berpunca daripada sel bateri.

 

Setakat 1 September lalu, terdapat 35 laporan diterima secara global dan Samsung telah melaksanakan pemeriksaan dengan pembekal untuk mengenal pasti bateri-bateri yang terjejas.

 

Namun, setakat ini tidak ada laporan sedemikian diterima dari Malaysia. Samsung sudah pun menghentikan jualan Note 7 di 10 pasaran.

 

Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline 1-800-88-7799 untuk pertanyaan lanjut.-MG



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...