PETALING JAYA – Sebanyak 200 kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sekitar Tasik Taman Jaya di sini setiap hari atas pelbagai kesalahan lalu lintas oleh pemain Pokemon Go.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, tasik berkenaan dulunya agak lenggang namun sejak sebulan lalu kepadatan pengunjung terlampau tinggi menimbulkan kacau ganggu sekeliling di sekitar Jalan Timur dan Persiaran Barat di sini.
“Berhati-hatilah bermain dan jangan sampai mencetuskan gangguan kepada masyarakat yang datang beriadah akibat ghairah mengejar Pikachu (sejenis Pokemon) hingga tidak mengendahkan aktiviti riadah yang sedang dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penutup Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2016 bagi meraikan 25 pegawai dan anggota yang berjaya menyempurnakan kursus tersebut. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW