KUALA LUMPUR – Ekonomi negara pada 2016 terus mampan disebalik kelembapan ekonomi dunia dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 4.1 peratus pada setengah tahun pertama berbanding masa sama lalu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pertumbuhan KDNK negara adalah yang terbaik dalam kelangan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) malah Singapura hanya berkembang 2% berbanding Malaysia.
“Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5 peratus berbanding Singapura 89 peratus dan lebihan dagangan kita pada 2015 sebanyak RM95 bilion dan RM45 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya dipetik Bernama.
Unjuran terhadap ekonomi negara terus menunjukkan perkembangan positif sungguhpun terdapat pelbagai spekulasi serta tuduhan dari pelbagai pihak termasuk pembangkang yang mendakwa negara dilandasan menuju muflis.
Jelas Johari, pertumbuhan mampan ekonomi negara dipacu oleh sektor perkhidmatan yang menyumbang 54% kepada KDNK negara, pembinaan (23%), perlombongan (9%) dan pertanian (9%).
“Pasaran modal kita juga kukuh iaitu sebanyak RM2.8 trilion, pasaran ekuiti RM1.7 trilion dan Sukuk/Bon RM1.1 trilion,” katanya sambil menambah rizab semasa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM400 bilion.
Dalam pada itu, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings, Moody’s serta Standard & Poor’s terus mengekalkan penarafan A- kepada negara yang menunjukkan kestabilan ekonomi negara.
“Penarafan oleh Fitch, Moody’s dan Standard (amp) Poor’s kekal pada A- berbanding semua negara ASEAN, kecuali Singapura, menunjukkan kita lebih baik,” kata Johar lagi. – Malaysian Digest
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW