loading...

Kotak Mayat Reput Gemparkan Penduduk

DUNGUN – Sekumpulan nelayan yang baru melakukan aktiviti snorkeling gempar dengan penemuan sebuah kotak polisterin yang mengandungi mayat lelaki berbalut dengan plastik lut sinar di Pulau Tenggol dekat sini hari ini.

 

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi tersebut, empat nelayan itu membuka kotak polisterin terbabit yang terdampar di pantai pulau peranginan tersebut setelah terhidu bau busuk yang mencurigakan.

 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, sewaktu kejadian, mereka baru selesai melakukan aktiviti snorkeling di perairan Pulau Tenggol.

 

“Sebaik naik ke daratan, kesemua nelayan itu ternampak sebuah kotak polisterin yang mengeluarkan bau busuk terdampar di pantai pulau terbabit.

 

“Mereka yang terkejut dengan penemuan mayat reput terbabit setelah membuka plastik lut sinar yang terdapat di dalam kotak terbabit telah memaklumkannya kepada anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Pulau Tenggol,” katanya.-Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...