ALOR SETAR – “Permainan Pokemon Go ini sangat wajar dihalang, disekat serta dilarang dan ia sama ertinya seperti ‘haram’,” kata Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin.
Beliau yang menggesa agar Pokemon GO disekat di Malaysia memutuskan Fatwa tersebut dalam mesyuarat 10 ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung di pejabat Anak Bukit, di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya mahu perkara ini dihalang dan disekat oleh pihak yang ada autoriti sekali gus tidak akan melibatkan ancaman kepada akidah, kerana jika hanya mengeluarkan hukum sebagai haram, orang masih lagi leka bermain permainan tersebut.
Tambahnya, secara terang-terangan didapati kemudaratan tercetus daripada permainan Pokemon GO.
Sebelum ini, mufti di beberapa negeri temasuk Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menggesa semua negeri tidak benarkan umat Islam bermain Pokemon GO.
Permainan di telefon pintar yang menggunakan teknologi realiti maya dan GPS itu dilihat mengundang kemudaratan kepada masyarakat.
Terdahulu, Kedah menjadi negeri pertama mengeluarkan fatwa permainan realiti maya di telefon pintar Pokemon GO adalah haram.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW