KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
Memetik laporan Awani, Tun Musa yang menjangkakan perkara itu berkata, ia berasaskan kepada BN yang dilihat terus memperkukuhkan kedudukannya menerusi perubahan landskap politik semasa.
“Saya rasa, BN akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat. Jangan tanya saya bila, itu kamu kena tafsir sendiri. Saya lebih suka kalau negara kita amalkan sistem dua parti.
“Tetapi, Pembangkang di Malaysia perlu membentuk kerjasama yang boleh menghasilkan satu suara yang padu untuk membentuk polisi dan strategi jika mereka berjaya memegang tampuk kuasa,” katanya selepas pelancaran buku berjudul ‘Frankly Speaking’ hasil tulisan beliau di sini hari ini.
Katanya lagi, keputusan itu bakal menjadi cabaran besar terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat belum mampu membentuk gabungan kuasa yang cukup padu untuk mencabar BN.
Tambahnya, satu lagi cabaran untuk pembangkang adalah mengenai pengagihan kerusi.
Katanya, jika pembangkang ingin menang pilihan raya mereka perlu peruntukan kerusi.
“Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW