loading...

Jamal Jual Baju RM10 Sehelai, Ali Tinju Mahu Beri Percuma Baju Gerakan Merah

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom pula akan mencetak sebanyak 1 juta t-shirt Baju Merah bertemakan ‘Aku Melayu’ untuk diedarkan kepada orang ramai yang turun menyokong kepimpinan negara sekiranya Bersih 5 diadakan.

 

Beliau berkata, baju tersebut akan diberikan secara percuma berbanding seterunya Jamal Yunus yang telah mencetak sebanyak 50,000 t-shirt dan menjualnya pada harga RM10 setiap satu.

 

Beliau juga memaklumkan akan bersama-sama menyokong Jamal dalam menjayakan Himpunan Merah versi kedua menentang Bersih 5.0 nanti.

 

“Kami akan menghalang habis-habisan Bersih 5.0. Kami juga akan mencetak t-shirt Gerakan Merah yang baru bertemakan ‘Aku Melayu’ sebanyak 1 juta helai dan akan memberikannya secara percuma kepada mana-mana penyokong Himpunan Merah yang hadir.

 

“T-shirt tersebut akan dikeluarkan di facebook Mohd Ali Haji Baharom. Bila kita dah siap kita akan edar. Kita juga telah turun di Negeri Sembilan, Johor dan Perak. Momentum sambutan amat menggalakkan kerana kita yang gerakan dulu Himpunan Merah ini.

 

“Bagaimanapun, pada pandangan saya, jual baju RM10 tak ada kelas. Kenapa perlu nak jual beli untuk mempertahankan kerajaan,” katanya kepada Jamal kepada dihubungi Berita Daily hari ini.

 

Semalam, pemimpin Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunus berikrar untuk bertembung dengan peserta daripada Bersih 5.0 pada masa dan tempat yang sama.

 

Sehingga hari ini beliau mendakwa terdapat 58,000 individu menyatakan sokongan kepada perhimpunan tersebut yang melibatkan seramai 600 NGO di seluruh negara dan sebanyak 50,000 helai t-shrt telah pun dicetak untuk dijual kepada para penyokong.

 

Perhimpunan Merah versi kedua dirancang sejurus Pengerusi gabungan Bersih 2 Maria Chin Abdullah menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa ekoran saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS-DOJ)  ke atas syarikat sarat hutang 1MDB.

 

Bagaimanapun tarikh dan tempat perhimpunan itu bagaimanapun masih belum diputuskan.

 

Mengulas lanjut Ali Tinju berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap hasutan yang dibuat oleh kepimpinan Dr Mahathir Mohamad dengan melakukan tangkap dengan lebih awal.

 

Jelasnya, tangkapan awal ini perlu dilakukan bagi memastikan perhimpunan Bersih 5.0 ini terbatal.

 

“Gerakan Merah akan mengarahkan semua ahli termasuk bekas polis, tentera dan orang awam untuk turun menghalang niat jahat Bersih 5.0 yang melibatkan hasutan daripada kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Afdal serta parti pembangkang yang berniat untuk membuat kacau dalam negara kita.

 

“Saya turut mendesak IGP (Khalid Abu Bakar) jangan berlembut dengan Bersih 5.0.  Kita tidak mahu lagi Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Kuala Lumpur hanya memberi amaran..amaran..amaran..”.

 

“Jika tidak melakukan tangkapan lebih awal, saya yakin benda ini akan terjadi akan tetapi jika pihak berkuasa mengambil tindakan mencegah lebih awal kemungkinan besar himpunan Bersih 5.0 haram akan terbatal,” katanya lagi. – BeritaDaily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...