loading...

15 Penduduk Palestin Cedera Pertempuran Dengan Yahudi Di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin cedera selepas ratusan puak Yahudi memasuki perkarangan tempat suci ketiga umat Islam, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, di tengah kehadiran ramai anggota polis.

 

Penduduk Yahudi berkenaan meraikan Hari Tisha B’av, yang menandakan pemusnahan kuil purba yang terletak di tapak masjid itu, yang dirujuk Israel sebagai Tempel Mount.

 

Agensi berita Palestin, WAFA melaporkan, sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel.

 

Kira-kira 300 penduduk Yahudi melawat perkarangan masjid itu, menurut laporan agensi berita Anadolu, memetik kenyataan jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld.

 

Menurut Rosenfeld, tujuh penduduk Yahudi ditahan kerana melaungkan slogan atau menyeleweng daripada laluan yang ditetapkan polis.

 

Selari dengan status quo, cuma umat Islam dibenarkan beribadat dalam perkarangan al-Aqsa, manakala Yahudi dilarang menggunakannya bagi tujuan agama.

 

Bagaimanapun, polis Israel kerap membenarkan kumpulan besar Yahudi memasuki perkarangan itu, terutama ketika perayaan agama.

 

Masjid al-Aqsa menjadi lokasi genting antara Israel dan Palestin pada 2015 apabila Israel memutuskan untuk mengehadkan kemasukan ke lokasi suci itu kepada lelaki berusia bawah 50 tahun sahaja. – AGENSI



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...