loading...

PKR Umum 35 Calon PRN Sarawak

KUCHING – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 35 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang kecuali baki lima kerusi.

 

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata rundingan sedang dijalankan mengenai siapa yang akan bertanding bagi lima kerusi berkenaan kerana terdapat pertindihan.

 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.

 

“Kami masih mempunyai dua hari untuk rundingan, dan kami pasti akan membuat keputusan dalam tempoh itu,” katanya di sini Jumaat.

 

Tambah beliau adalah normal jika berlaku pertindihan kerusi dalam politik.

 

Peruntukan kerusi kepada pembangkang pada PRN kali ni ialah 30 untuk DAP, PKR (40) dan Parti Amanah Negara (13). – mstar

Previous
Next Post »
loading...