loading...

Pas Tidak Akan Bergabung Dengan Umno

KUALA LUMPUR – Pas menyambut baik untuk bekerjasama dengan UMNO namun menegaskan untuk tidak menyertai parti itu seperti yang disarankan penceramah terkenal, Prof Dr Zakir Naik, semalam.

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi kenyataannya berkata, pihaknya akan sentiasa berpegang kepada dasar Islam seperti yang diterapkan pimpinannya yang terdahulu.

 

“Pas juga juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa Pas tidak akan menyertai BN,” katanya lagi.

 

Tambahnya, Pas juga telah menyelaraskan pendekatan budaya politik matang selaras dengan Fasal perlembagaan parti itu yang membenarkan pihaknya menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan dan persatuan yang tidak berlawanan dengan tujuan asal parti itu serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

 

Terdahulu, Dr Zakir berpendapat gabungan BN dan Pas adalah lebih baik untuk Malaysia.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...