loading...

Video : Bapa Mengajar Anak 12 Tahun Memandu, Dikecam Netizen

KUALA LUMPUR  – Seorang bapa dikecam netizen gara-gara memuat naik video mengajar anak yang berusia 12 tahun memandu kereta.

 

Seorang pelayar memberi komen, “Diharap pihak berwajib ambil tindakan, kerana ayahnya membiarkan anaknya memandu kereta tanpa lesen dibawah umur,”tulisnya.

 

“Baru berusia 12 tahun tapi dah diajar cara mengendalikan kenderaan,”kata Azmi.

 

“Harap JPJ ambil tindakan kepada bapa ini,”Kata Rizal.

 

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyelar tindakan netizen yang mengecamnya dan bertindak memuat naik status baharu, “Sekali……sudah bikin bisingla. Bahalol punya……..aku ajar anak aku di kawasan lapang tak ada apa-apa kenderaan la bahlol. Tempat ini di RnR Baling yang tak beroperasi,”tulisnya.

 

Netizen bagaimanapun tetap menyalahkan tindakan lelaki tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak matang dan tidak bertanggungjawab kerana membenarkan seorang anak berusia seawal 12 tahun belajar memandu.-SuaraTV

 


 

Previous
Next Post »
loading...