KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menyandang jawatan Timbalan Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri, didakwa pernah ditahan diluar negara kerana memandu laju.
Menerusi status pemilik akaun Roslan Latif berkata, disebabkan Tun Abdullah tidak dikenali dan statusnya juga tidak dipedulikan beliau telah digari walaupun menjerit mengatakan beliau seorang menteri.
“I’m a minister, i’m a minister, tetapi polis dua orang (US) itu buat tidak endah kerana ‘US ministers’ hanya kat gereja.
“Nasib baik saya dan Zain (sahabatnya) ada kad pelajar dan ingat no telefon arwah Tan Sri Zain Azraai dan selepas itu polis tu bercakap dengan duta. Maknanya hebat menteri (minister) ni kat sini je. Kat luar ‘minister’ ni tak siapa kisah,”tulisnya.
Sehubungan itu, beliau turut menempelak bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan menyifatkan negarawan itu sebagai ‘kemaruk’ mahu menjadi perdana menteri sekali lagi.
Beliau mendakwa, kemungkinan melihat sokongan padu yang diberikan oleh pemimpin tertinggi Amerika, Presiden Barrack Obama dan sambutan yang diberikan oleh negara Arab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, Mahathir disifatkan sedang ‘meroyan’ dengan jawatan tersebut.
“Bila ‘Prime Minister’ (Najib), boleh bermain golf dengan Presiden Amerika (Obama) di pagi Krismas, diberi sambutan di negara Arab…kira hebatla tu. Itu sebab agaknya ada yang ‘meroyan’ nak jadi Prime Minister balik,”tulisnya.-SuaraTV