loading...

Pasangan Muda Jual Anak Baharu Lahir Demi Beli iPhone

CHINA – Seorang lelaki berusia 19 tahun tergamak menjual bayi perempuannya yang baharu lahir semata-mata untuk membeli telefon bimbit, iPhone dan sebuah motosikal baharu.

 

Memetik laporan People’s Daily Online, suspek yang dikenali sebagai ‘A Duan’ melakukan urusan ‘jual beli’ membabitkan bayinya yang berusia 18 hari itu secara dalam talian.

 

Dalam kejadian yang berlaku di Tong’un dekat wilayah Fujian itu, bayi tersebut berjaya dijual selepas dibeli oleh seorang pembeli yang tidak dikenali menerusi laman sosial QQ dengan bayaran 23,000 Yuan (lebih kurang RM14,000).

 

Difahamkan, keputusan untuk menjual bayi perempuan itu dibuat berikutan pasangan muda itu dikatakan mengalami masalah kewangan, selain isterinya dikatakan secara ‘tidak sengaja’ mengandungkan bayi terbabit.

 

Ibu bayi itu yang hanya dikenali sebagai ‘Xiao Mei’ difahamkan juga bersetuju membiarkan suaminya menjual anak mereka bagi membeli barang yang diidamkan.

 

Bagaimanapun, urusan jual beli bayi berkenaan terbongkar selepas pembeli bayi itu menyerah diri kepada pihak polis dan mengaku membeli bayi terbabit untuk kakaknya.

 

Sementara itu, Xiao Mei melarikan diri dari Tong’an, dengan niat untuk memulakan hidup baru. Bagaimanapun, pasangan tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa selepas didakwa melakukan penjualan haram.

 

A Duan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, sementara Xiao Mei digantung hukumannya selama dua tahun setengah.

Previous
Next Post »
loading...