loading...

Ibrahim Ali Mengamuk Dituduh Pengkhianat Melayu

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dilaporkan mengamuk setelah diasak bertubi-tubi oleh kumpulan ahli pertubuhan itu yang tidak berpuas hati dengan tindakanya bersekongkol dengan DAP ketika sidang akhbar ‘Deklarasi rakyat’ Jumaat lalu.

 

Melalui ‘printscreen’ yang dikirimkan kepada SuaraTV, Ibrahim yang berang dengan tindakan ahli-ahli Perkasa yang menyelar beliau itu, bertindak memaki hamun mereka dengan panggilan yang kasar sebelum keluar dari ‘group’ Whatsap’ perbincangan NGO Melayu tersebut.

 

“Kepala otak kamu penyokong komunis… Bunag masa, saya undur dari group ini kerana ada yang tidak cerdik… itu kata kamu… yang nak undur siapa… tunggu dan lihat,” katanya memetik ‘printscreen’ perbualan di dalam group tersebut.

 

Ahli-ahli Perkasa yang marah itu turut mempertikaikan tindakan Ibrahim yang sanggup bekerjasama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini dilabel sebagai anti Islam dan Melayu.

 

Mereka turut mendesak agar Ibrahim berundur sebagai Presiden pertubuhan tersebut bagi mengelakkan Perkasa kehilangan sokongan masyarakat Melayu.

 

“Sejak Tok Him (Ibrahim) tidur sebantal dengan DAP, Perkasa dilihat semakin lemah dan kehilangan sokongan… majoriti ahli dah mula melihat Tok Him sebagai pengkhianat sebab itu Perkasa Kedah berkubur.

 

“Jelas Tok Him juga pengkhianat orang Melayu macam Tun M.. dah tak ada beza dengan Mat Sabu… Berundurlah wahai pengkhiant bangsa Melayu” ujarnya.

 

SuaraTV masih berusaha untuk menghubungi Ibrahim bagi mendapatkan maklumbalas berhubung insiden tersebut.

 

Terdahulu Perkasa negeri Kedah dikatakan terkubur apabila majoriti pimpinan  negeri dan kawasan parlimen mengumumkan meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

 

Menurut Yang Dipertua Perkasa Kedah, Datuk Mohd Yusuf Ismail keputusan itu diambil ekoran tindakan bekas ahli parlimen Pasir Mas selaku Presiden yang tersasar dari matlamat asal penubuhannya. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...