loading...

Video: Pencapaian Mukhriz Sebagai Menteri Besar, Hanya ‘Selfie’

Alor Setar – Pengerusi Belia ProMuda Kubang Pasu, Ramlan Ali menyifatkan pencapaian Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang boleh dibanggakan sebagai Menteri Besar Kedah selama ini hanyalah ‘selfie’

 

Menurut Ramlan sebagai ketua kerajaan negeri Mukhriz seharusnya menumpukan tugasnya untuk membangunkan Kedah dan bukan hanya bergambar semata-mata.

 

 

“Memang (pada awalnya) kami golongan belia suka melihat dia (Mukhriz) kerap masuk kampung berdasarkan gambar-gambar ‘selfie’ yang menunjukkan dia boleh bersama dengan rakyat tanpa sebarang protokol.

 

“Tapi pada saya bukan tugas menteri besar secara hakiki, sebab dia merupakan seorang ketua kerajaan negeri. Apakah tugas seorang menteri besar hanya nak buat (atau) melawat seperti itu?

 

Menurut Ramlan lagi, Mukhriz telah gagal untuk mentadbir kerajaan negeri seperti yang diharapkan khususnya dalam isu-isu pembanguna belia dan generasi muda di Kedah.

 

“Itu bukan tugas menteri besar hanya untuk ‘selfie’ semata-mata untuk tunjuk kepada para penguna media sosial sedang tugas sebenar Mukhriz adalah untuk mentadbir negeri sebab sistem pentadbiran di Kedah ini tak sama seperti negeri lain.

 

“Kerana di sini ini kita mempunyai pegawai kerajaan negeri Kedah (KCS) yang perlu dia (Mukhriz) faham, namun berdasarkan input (maklumbalas) yang diterima hubungan dia dengan pegawai KCS tidak berapa bagus

 

“Walaupun saya tidak tahu sejauh mana kebenaran isu tersebut, tapi ramai yang telah mula bercakap mengenainya (dan) saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Mukhriz.

 

Ramlan turut menafikan andainya yang mendakwa Mukhriz sebagai ikon untuk orang muda di Kedah.

 

 

“Secara langsung tiada, kerana secara peribadi saya tidak melihat Mukhriz sebagai ikon kepada golongan belia, mungkin dari segi faktor umur, Mukhriz dilihat sebagai ikon orang muda tapi pada hakikatnya tidak begitu (sebagai contoh) saya tidak melihat dia boleh bermain bola, ajak golongan belia bermain futsal atau bersukan motorcross.

 

“Kalau kita buat perbandingan antara Mukhriz dan KJ (Khairy Jamaluddin) kita boleh lihat orang muda lebih meminati KJ sebab dia sering melibatkan diri dengan aktiviti orang muda dan belia” ujarnya pula.

 

Menurut Ramlan lagi kehebatan menteri besar Kedah itu hanya disebabkan aura yang ada pada Tun Dr Mahathir.

 

“Sebab itu pada saya Datuk Seri Mukhriz hanya muda dari segi umur ditambah dengan aura ‘bin Mahathir’ (sebab) kalau bukan disebabkan Tun Mahathir tiada siapa yang peduli.

 

“Kerana majoriti orang muda pada ketika ini lahir pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir” katanya pula. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...