loading...

Video: Mukhriz, Menteri Besar ‘Partime’ Di Kedah

Alor Setar – Veteran UMNO Bahagian Kubang Pasu, Abdul Manaf Kecik menyifatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar ‘part time’ kerana kerap berulang-alik ke Kuala Lumpur.

 

Abdul Manaf ketika ditemubual SuaraTV petang tadi berkata, tindakan Mukhriz itu disebabkan isteri dan anak-anaknya memilih untuk terus menetap di Kuala Lumpur berbanding Kedah, sedangkan sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya meluangkan lebih banyak masa di kawasan bagi berjumpa dan menyelami masalah rakyat.

 

 

“YAB Datuk Seri Mukhriz jarang ada di negeri Kedah, setiap hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad dia akan pulang ke Kuala Lumpur.

 

“Ada orang periksa (berdasarkan maklumat) melalui penerbangan Pelangi Air dan Firefly, Anas (pegawai khas MB) dan Mukhriz kerap pulang ke Kuala Lumpur (sebab) bini mereka tinggal dan menetap di sana.

 

Menurut Abdul Manaf lagi, selain pemimpin politik Mukhriz turut berdepan masalah dengan para penjawat awam negeri Kedah.

 

“Malah sebagai Menteri Besar, dia tidak pernah melakukan sebarang program bagi mengatasi masalah kemiskinan di negeri Kedah.

 

“Selain daripada itu ramai penjawat awam di Kedah tidak suka dengan gaya dan pendekatan beliau” ujarnya lagi.

 

Abdul Manaf yang juga merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kubang Pasu turut menjelaskan berdasarkan pengalamannya, Mukhriz sering ‘ponteng’ dalam majlis anjuran Umno bahagian di Kedah.

 

“Datuk Seri Mukhriz ini (sebelum ini) pernah menjadi ahli jawatankuasa Umno Kubang Pasu selama 2 penggal dan dia pernah dilantik sebagai pengerusi biro pendidikan antarabangsa dan dalam masa 6 tahun memegang jawatan tersebut satu benda pun dia tak buat.

 

“Cuma setahun sekali dia hadir mesyuarat itupun disebabkan kerana ingin bertanding sebagai perwakilan bahagian di Perhimpunan Agung Umno selain daripada itu mesyuarat-mesyuarat lain (peringkat bahagian) dia jarang hadir” katanya pula.

 

Abdul Manaf turut menasihati Mukhriz agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar secara baik, memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada pimpinan di peringkat negeri.

 

“(Pandangan saya) disebabkan majoriti ketua Umno Bahagian di Kedah dan pemimpin sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri) menolak kepimpinannya sebagai Menteri Besar (ada baiknya) dia meletakkan jawatan secara elok.

 

“Tindakan itu akan menyebabkan masyarakat menghormati keputusan beliau itu berbanding meletakkan jawatan secara paksa” katanya pula. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...