loading...

Saudi Buka Kembali Fail Tragedi Kren Tumbang

MAKKAH, ARAB SAUDI – Fail kes tragedi kren tumbang di Masjidil Haram dibuka semula oleh Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam (BIPP) di Riyadh bagi menyelesaikan siasatan dan menyediakan pertuduhan kepada beberapa orang.

 

Media tempatan Arab News melaporkan, dakwaan mungkin melibatkan pembunuhan, kecuaian dan melanggar peraturan keselamatan terhadap jurutera, pengurus projek serta pegawai lain.

 

“Kes mahkamah akan memberi tumpuan kepada bagaimana kren didirikan di masjid itu, dengan mengambil kira bilangan besar orang ramai yang berada di dalam kawasan tersebut,” menurut sumber.

 

Pemerintah Arab Saudi Raja Salman mengarahkan BIPP untuk menyiasat insiden berkenaan termasuk menyoal siasat eksekutif dan kakitangan syarikat kontraktor, Bin Laden Group.

 

September tahun lalu, seramai 107 jemaah maut dan 238 yang lain cedera dalam kejadian kren tumbang dipercayai akibat ribut.

Previous
Next Post »
loading...