loading...

Pengamal Perubatan Desak Penganti Mukhriz Padam Mural Tun Mahathir

PETALING JAYA : Satu status yang tidak sensitif terhadap Menteri Besar Kedah telah dimuat naik oleh Dr Aznil Hisham dengan menyatakan  beliau mahukan Menteri Besar Kedah yang baru  memadamkan mural Tun Mahathir.

 

“Dalam Isu Kedah ini, aku tak berpihak, aku hanya sokong apa yang PM / Sultan putuskan. Namun, jika Mukhriz gugur, kalian jangan lupa jasa-jasa beliau di negeri Kedah, terutama Mural besar gambar Madey. harap sapa MB baru nanti, boleh cat baik dinding itu.”tulisnya dalam status di akaun miliknya.

 

Dalam pada itu, Beliau yang merupakan seorang Pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan di ibu kota, turut memuat naik status yang mempertikaikan kewibawaan Dato’ Seri Mukhriz dengan menyatakan bahawa MB kedah itu mengharapkan belas ihsan Perdana Menteri dalam menjalankan pentadbiran  setelah hilang kepercayaan dan sokongan ahli-ahli UMNO.

 

“Mukriz kini hanya perlu belas ihsan Najib ja, kalau Najib tak bersetuju, maka anda akan terus menjadi MB Kedah dan menjalankan pentadbirantanpa kepercayaan dan sokonan ahli-ahli UMNO.

 

“Untuk pengetahuan Mukhriz, Individu yang anda sedang mengemis simpati ini adalah orang yang madey fitnah/tabur persepsi/hina hampir setiap masa.

Previous
Next Post »
loading...