SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan semua parti yang berada dalam kerajaan negeri menunjukkan kematangan berkhidmat kepada rakyat sekaligus menolak terdapat krisis politik antara DAP dan PAS , lapor Sinar Harian.
Beliau berkata kerjasama baik antara PKR, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya menjadikan Selangor sebagai negeri contoh yang harus diikuti kerajaan negeri lain.
“Krisis DAP-PAS? Tak ada. Perkara tersebut hanyalah sensasi media. Di Selangor semua parti menunjukkan kematangan dan berkhidmat kepada rakyat dan bukannya bermain politik.
“Selangor harus menjadi contoh untuk diteladani kerajaan negeri lain,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Antara lain beliau juga yakin hasrat PAS untuk menambah 5 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14
“PKR pun boleh cakap nak tambah 10, 12 kerusi tapi akhirnya kita yakin satu lawan satu,” katanya.
Pada masa sama , timbalan presiden PKR itu juga mengingatkan 288 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bakal mengangkat sumpah minggu depan tidak menganggap lantikan itu sebagai ganjaran politik.
Beliau memuji sikap PAS, DAP, PKR dan Amanah kerana mengambil sikap matang dalam proses pengagihan 288 kerusi ahli majlis berkenaan.
“Pecahan PKR sebanyak 101 kerusi, DAP 96 kerusi dan PAS kekal 67 kerusi . Amanah pula 10 kerusi, selebihnya 5 NGO serta 9 wakil Istana sudah muktamad dan semua ahli majlis berkenaan akan angkat sumpah minggu depan
“Semua parti termasuk Amanah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan tersebut,” katanya. – M.Insider

#mas2025: Royal Enfield Classic 650 Masuk Pasaran ...

Teruk Tahu Jadi Menteri! Rafizi Sedia Letak Ja ...

Resipi Bunga Kantan Goreng, Unik & Sangat Seda ...

7 Cara Kurus Tanpa Diet Ketat ( Boleh Mula Hari In ...