loading...

Lelaki Letak Asid Pada Bahan Pelincir Di Kelab Gay

Seorang lelaki berusia 62 tahun yang didakwa meletakkan asid hidroklorik dalam bekas bahan pelincir di sebuah kelab gay telah ditahan dan akan didakwa, menurut laporan pada Isnin.

 

 

Agensi Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan insiden itu berlaku pada Sabtu lalu di Bar Aarows, yang merupakan kelab gay terbesar di Sydney.

 

 

Asid hidroklorik itu boleh menyebabkan kesan yang sangat teruk dan berlaku serta-merta.

 

 

Polis New South Wales mengesahkan tangkapan telah dibuat.

 

 

“Selepas beberapa kejadian, anggota keselamatan telah menghubungi pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan untuk melihat jika peralatan di kelab itu telah diubah,” kata polis dalam satu kenyataan pada Isnin.

 

 

Lelaki berkenaan ditangkap oleh anggota keselamatan selepas alat penggera berbunyi.

 

 

Ketua pasukan keselamatan kelab berkenaan, ketika ditemuramah ABC, menyifatkan tindakan itu sebagai sangat menjengkelkan.

 

 

“Hidroklorik bukan sesuatu yang boleh dibawa bergurau,” katanya.

 

 

Lelaki berkenaan, yang identitinya dirahsiakan, akan didakwa atas tuduhan berniat mendatangkan kecederaan, kesusahan atau kesakitan.

 

 

Dia juga akan didakwa kerana memasuki premis dengan tujuan membuat kekecohan dankerosakan.

 

 

Tertuduh dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa di Mahkamah Parramatta, bulan depan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...