loading...

Isu Ketum Perlu Dilihat Positif – RISDA

PADANG BESAR – Masyarakat wajar berfikiran positif berhubung cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport.

 

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata apa yang dicadangkan pihaknya demi meningkatkan hasil pendapatan pekebun kecil di negara ini.

 

“Jangan jadi seperti mata lalat, semuanya negatif sebab dilahirkan di kawasan sampah. Jadilah mata lebah yang nampak perkara manis (positif).

 

“Banyak perkara lain perlu kita haramkan. Ubat batuk kalau berlebihan salah, arak salah kita tidak haramkan pula, malah implikasinya lebih dahsyat dan terbukti dengan masalah sosial.

 

“Kenapa arak boleh ketum tidak boleh?” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Parlimen Padang Besar di Taman Berseri Indah, di sini, hari ini.

 

Zahidi berkata, sikap segelintir individu menyalahgunakan ketum tidak wajar menjejaskan individu yang boleh memperoleh pendapatan melalui tanaman itu.

 

“Jika ada 10,000 orang mengharapkan pendapatan, 600 orang pula salah guna ketum, perlukah kita ikut yang 600 ini? Ini tidak betul.

 

“RISDA mencadangkan penanaman ini dikawal di kawasan diwartakan dan bukan dijual secara terbuka,” katanya.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...