loading...

Bomba Bantu Pindahkan Pesakit Obesiti Guna Lori Lima Tan

AMPANG – Seorang wanita terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana mempunyai masalah obesiti pagi tadi.

 

Akmarlizan Rustam, 53, yang mempunyai berat badan kira-kira 250 kilogram dibawa dari Hospital Ampang ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut berikutan mengalami pelbagai komplikasi seperti asma, sakit lutut serta masalah berat badan berlebihan.

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, operasi khas dibuat kerana pesakit terbabit tidak dapat dibawa dengan menggunakan ambulans hospital.

 

“Operasi khidmat khas memindahkan pesakit itu dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah selepas pihak bomba menerima panggilan bantuan khas daripada pihak hospital Ampang pada pukul 10 pagi tadi.

 

“Pihak bomba menggunakan lori lima tan yang mempunyai kelengkapan untuk membawa pesakit obesiti itu dan khidmat khas tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh satu jam,” katanya ketika dihubungi tadi.

 

Menurutnya lagi, pihak bomba bersedia memberikan sebarang bantuan dan bukannya terhad kepada kerja-kerja memadam kebakaran. – KOSMO!

Previous
Next Post »
loading...