loading...

Susu Ibu Merudum? Cuba Teknik Power Pumping Yang Mudah Ini

Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.

Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.

Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.

ADA DUA CARA

Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!

Cara Pertama

1.00 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
1.10 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)
1.20 petang – Rehat 5 minit (minum air suam)
1.25 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
1.35 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)
1.45 petang– Rehat 5 minit (minum air suam)
1.50 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
2.00 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)

Cara Kedua (Jika guna Pam elektrik berganda, ikut cara ini)

1.00 petang – Mengepam 20 minit
1.20 petang – Rehat 10 minit (makan tengahari)
1.30 petang – mengepam 10 minit
1.40 petang – Rehat 10 minit (solat/rehat)
1.50 petang – Mengepam 10 minit

Konsisten Tujuh Hari

Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...