IMPIAN anak muda ini cukup besar namun dia masih memerlukan lagi sokongan padu daripada rakyat Malaysia demi membolehkan cita-citanya tercapai menawan titik paling utara di planet bumi.
Syazwan Khazir, 26, kini dalam misi meraih undian paling tinggi untuk melayakkannya dapat mewakili negara menyertai ekpedisi Fjallraven Polar 2018 di Kutub Utara pada April tahun hadapan.
Berbaki 11 hari sahaja lagi sebelum undian ditutup, pemuda yang berasal dari Klang, Selangor ini berada di kedudukan ke-15 daripada 93 peserta dalam proses undian bagi zon Asia/Oceania.
Jika mendapat undian terbanyak, Syazwan yang juga merupakan seorang perunding jurutera di sebuah syarikat hartanah ini akan menjadi satu-satunya wakil Malaysia ke ekspedisi tersebut.
Setakat ini Syazwan hanya telah menerima undian sebanyak 308, walhal dia memerlukan sekurang-kurangnya lebih 3,000 lagi undian bagi sebelum 14 Disember ini.
Dikenali sebagai individu yang begitu menggemari aktiviti lasak, Syazwan dikatakan telah menawan lebih daripada 20 puncak gunung di dalam dan luar negara.
Secara ringkasnya, ekspedisi Fjallraven Polar ini merupakan acara tahunan pengembaraan ekstrem sejauh 300 kilometer di bawah suhu negatif 30 darjah Celcius merentasi benua Artik.
Kesemua peserta akan memulakan penjalanan selama enam hari, bermula dari Signaldalen, Norway dan berakhir di Väkkäräjärvi, Sweden dengan menggunakan bantuan peluncur sled anjing.
Difahamkan, pemilihan calon adalah berdasarkan jumlah undian dan kriteria setiap peserta. Jika terpilih, mereka secara automatik akan ditaja oleh Fjallraven dalam ekspedisi tersebut.
Ini bermakna, segala peralatan yang digunakan akan menjadi milik peserta dan ekspedisi ini juga merupakan pas eksklusif pihak Fjallraven dengan menggunakan produk terbaharu.
Jadi ayuh rakyat Malaysia jangan berlengah lagi untuk mengundi Syazwan menerusi pautan berikut iaitu di http://ift.tt/2APZtMa
Sebagai info tambahan, Fjallraven Kanken adalah syarikat pengeluar barangan outdoor yang begitu terkenal buat pencinta aktiviti lasak di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada 1960 di Sweden, pengasasnya Ã…ke Nordin merupakan salah seorang legenda penjelajah terkenal di Kutub Utara. Malah, metarial dan kualiti kain yang dihasilkan sebaris dengan nama besar seperti jenama The Northface. – MYNEWSHUB.CC
Loading...