Kredit foto: Instagram Norman Hakim
Aktor Norman Hakim mendedahkan berita gembira di laman Instagramnya, @normanhakim_786 tentang kehamilan isterinya, Memey Suhaiza.
Namun, dia memberitahu bahawa dia adalah orang terakhir yang dimaklumkan tentang berita tersebut.
"Alhamdulillah keluarga besar kami yang keenam. Terima kasih kepada semua untuk segala ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga segala kebaikan juga akan berbalik semula kepada semua. Aamiin Ya Rabb.
"Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu dan Mama Abby Abadi dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.
"Tak tahu nak cakap macam mana, tapi macam boleh rasa 'pembawakan' itu sejak 2 minggu yang lepas. ‘Rasa' itu tak pernah bohong. Kali ni 'rasa' sama macam masa Marissa Dania dalam kandungan dahulu.
"Lebih kepada diri sendiri yang 'kena' berbanding ibu yang mengandung. Tak nak cerita di sini, biarlah mama dia yang cerita sendiri," tulisnya di kapsyen.
Kredit foto: Instagram Norman Hakim
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira mendengar khabar mengejutkan itu.
Dalam masa sama, mereka mendoakan agar Memey dan kandungannya berada dalam keadaan sihat sehingga ke hari kelahiran.
Kredit foto: Instagram Norman Hakim
Menerusi perkahwinan bersama Abby Abadi, Norman menerima tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.
Manakala, bersama Memey, dia dikurniakan Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.