SEORANG model yang bergantung kepada punggungnya untuk menghasilkan wang, telah membeli insuran sebanyak RM1.2 juta untuk melindungi asetnya selebar 110 cm itu selepas dia diraba dalam rancangan tv yang disiarkan secara langsung, Februari lalu.
Rayssa Teixeiro Melo, merupakan model bikini dari Brazil. Selain memperagakan bikini, dia juga seorang penari dan pakar pemakanan.
Dengan adanya insurans itu, ia akan melindungi punggungnya sekiranya berlaku kemalangan atau diraba lagi.
“Saya perlu mempertahankan punggung saya, ia adalah 110 cm,’’ katanya.
Bagaimanapun punggung Rayssa bukannya punggung asli sebaliknya telah disuntuk dengan silikon.
Rayssa merupakan antara model yang popular di negaranya dan mempunyai 526,000 pengikut dalam Instagramnya. Namun selepas punggungnya diraba dalam rancangan televisyen pada Februari lalu, dia dikatakan memutuskan untuk membeli insuran terbabit.
Dalam rancangan TV itu, Rayssa telah mengamuk dan menumbuk hos rancangan berkenaan sebelum meninggalkan set program tv itu.
Ketika itu Rayssa dijemput untuk menunjukkan cara penggunaan krim badan dan dia telah memberikan peringatan bahawa hanya bahagian perut, tangan dan kakinya sahaja yang boleh disentuh.
Namun hos itu telah menyentuh punggungnya menyebabkan Rayssa telah menumbuk lelaki itu kerana biadap dan tidak menghormatinya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...